Baru2 ni kita dikejutkan dengan kes Adam Adli, seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditangkap dan ditahan di lokap disebabkan isu turun bendera DS Najib di PWTC.
Adam Adli - kononnya memperjuangkan suara rakyat |
Ramai juga mahasiswa turun padang memprotes tindakan oleh pihak kerajaan ini atas sebab kelihatan tidak adil dan mengekang kebebasan mahasiswa.
Tapi cuba fikirkan...
Adakah tindakan mereka ini adalah tindakan yang betul untuk membantah keputusan kerajaan?
Demonstrasi dilakukan demi mencapai keadilan.
Adakah tindakan itu juga relevan?
Saya bukan seorang yang hebat untuk mengatakan perbuatan mengadakan demonstrasi itu salah.
Tapi sebagai seorang mahasiswa saya lihat hal ini sebagai satu hal yang sangat serius. Kelihatan seperti mereka yang menyertai demonstrasi ini sangatlah tidak profesional dan matang.
Cuba fikirkan cara lebih baik selain demonstrasi untuk mendesak pihak kerajaan.
Cuba anggapkan kerajaan Malaysia seperti bapa kita sendiri. Kalau kita memberontak dengan bapa kita untuk meminta sesuatu, adakah ayah kita akan berikan?
Masa kecil dulu, kita selalu desak ayah kita untuk mendapatkan sesuatu.
Contohnya kalau kita mahukan sebuah basikal, tiap2 hari kita akan mendesak ayah kita untuk belikan basikal baru.
"Ayah, nak basikal."
Esoknya, "Ayah, belikan la basikal satu."
Lusa juga permintaan yang sama diulang2 sampai ayah kita bosan dengan kerenah kita dan akhirnya sebuah basikal baru dibeli untuk memuaskan hati kita.
Adakah cara ini tidak relevan untuk dipraktikkan dalam hubungan kita sebagai rakyat dengan kerajaan?
Sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita ini ialah DEMOKRASI BERPARLIMEN. Berlainan dengan banyak negara lain yang mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya.
Sistem ini merupakan sistem yang sudah hampir sempurna untuk memastikan negara kita terus utuh sehingga hari ini dengan rakyat yang berbilang kaum.
Wakil rakyat @ ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihanraya umum merupakan wakil untuk mengutarakan pandangan untuk meminda atau mengubah sesuatu peraturan yang sedia tertulis di negara ini.
Apa gunanya mereka dipilih sebagai wakil rakyat kalau aduan dan pandangan kita tidak diajukan melalui mereka kepada kerajaan?
Apa gunanya mengadakan demonstrasi sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, mengganggu lalu lintas?
Renung2kanlah...
Kita tidak mahu negara kita kucar kacir jika kerajaan sekarang digulingkan oleh rakyat yang tidak tahu erti timbang rasa, tidak tahu kesan atas tindakan kurang matang mereka.
Kita tidak mahu negara kita hancur seperti negara Libya dan Mesir setelah kerajaan sedia ada mereka digulingkan. Ada pihak asing yang cuba mengambil kesempatan ini mengadakan agenda isu tuntutan hak rakyat untuk masuk campur dan mengambil harta khazanah di negara tersebut.
Kita mahu negara kita jadi seperti negara2 tersebut?
SEDARlah rakyat semua.
Bukan senang untuk bangunkan kembali sesebuah negara yang sudah jatuh akibat masalah politik.
Adakah kerajaan yang baru dibentuk betul2 mampu mentadbir dan membangunkan negara kita seperti sekarang?
Ayuhlah rakyat kita fikirkan bersama.
Kita harus fikirkan cara yang lebih baik untuk mengutuhkan negara kita.
Hapuskan korupsi.
Hapuskan politik kotor.
Hapuskan pengaruh agenda asing yang mahu kita berpecah belah.
Itu sebenarnya yang patut kita perjuangkan hari ini jika mahu negara kita terus aman damai dengan rakyat yang berbilang kaum.
No comments:
Post a Comment