04 January 2012

Akibat Terlalu Taksub Dengan Politik

Sekarang banyak media yang memaparkan isu tentang Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah ditahan atas sebab menurunkan bendera DS Najib di PWTC baru2 ni.

Bila semua penuntut sibuk menelaah untuk peperiksaan akhir semester, ada pula yang masih sibuk mengadakan perhimpunan haram di depan UPSI kononnya memperjuangkan nasib mahasiswa.

Inilah yang terjadi apabila seseorang itu sudah terlalu taksub dengan politik.

Majoriti penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan haram itu diadakan dan kebanyakan yang menyertainya adalah mahasiswa dari luar UPSI.



Malah mereka juga telah mengecam sesiapa yang menyertai perhimpunan itu kerana menjejaskan emosi dan psikologi mereka untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Lebih teruk lagi nama universiti yang terkenal dengan melahirkan ribuan pendidik ini telah tercemar dengan perbuatan mereka.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Muhamad Afiq Fikri Mislan, berkata penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan itu dan ia terbukti apabila hanya dua penuntut UPSI ditahan kerana menyertai perhimpunan berkenaan. 

Muhamad Afiq Fikri berkata, penuntut UPSI amat menyayangi institusi pendidikan yang terkenal itu dan tidak mahu mencemarkannya dengan tindakan melampau serta bertentangan dengan undang-undang. 

Justeru, beliau menasihati penuntut UPSI tidak mendekati mana-mana kelompok yang berhasrat atau merancang mengadakan perhimpunan haram lagi pada masa depan. 

Sementara itu, penuntut semester 5 Pendidikan Sains dan Matematik UPSI, Ali Haidar Zainal Abidin, 20, menganggap pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan haram tidak patut berlaku kerana tanggungjawab mahasiswa adalah menimba ilmu. 

Menurut beliau juga menyebutkan bahawa perhimpunan haram itu sudah menunjukkan tindakan yang menyalahi etika sebagai seorang mahasiswa apatah lagi dilakukan ketika minggu ulangkaji.


3 comments:

  1. apa guna jd mahasiswa..? jikalau kebebasan utk diri sendiri pun tiada? cuba lihat mahasiswa di negara arab.. ni Adam Adli baru turun bendera je.. itu pun dah nak kecoh? bukan salah pun

    ReplyDelete
  2. tak salah turunkan bendera tu??menghina pemimipin n kurg adab tak salah ke?mahasiswa memg ade kebebasan tpi bukan ini caranya...

    ReplyDelete
  3. sape kate xsalah zul fattah? kalau turunkan bendera malaysia pun boleh kena tindakan sebab x hormat pada lambang negara. sama la macam bendera DS najib 2. bukan ni caranya nak tuntut supaya suara didengar.

    ReplyDelete