04 January 2012

10 brand tersohor bakal hilang?

Adakah kamu semua kenal dengan francais makanan A&W yang pernah terkenal suatu ketika dulu?

Francais ini yang dimiliki oleh Yum!, sebuah syarikat gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sangat terkenal dengan root beer float & coney dog yang sangat sedap! =))



Namun berita yang menyedihkan terpampang di dada akhbar menunjukkan bahawa francais ini bakal hilang bersama2 9 brand lain juga seperti Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, Myspace, Kellogg's Corn Pops.

Syarikat Yum! yang juga menguasai kepentingan dalam KFC telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lepas tetapi tiada pembeli yang berminat untuk memiliki brand francais tersebut.

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1919 dan telah membuka sebanyak 450 francais semasa World War  2. Mereka juga adalah francais makanan pertama yang mengasaskan jualan secara pandu lalu ( drive thru ).

A&W juga telah memulakan jualan versi minuman tin sejak 1971 namun telah dijual kepada Dr Pepper/Snapple.

Syarikat ini dilaporkan telah mengalami kerugian secara mendadak akibat tidak memiliki keupayaan untuk bersaing dengan pesaing2 besar seperti Subway dan McDonald's yang mempunyai berpuluh ribu francais di seluruh dunia.

Menurut 24/7 Wall Street.com, 10 brand yang akan hilang itu telah dikaji mengikut kejatuhan mendadak dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.

"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.

p/s : memang susah nak nampak restoran A&W sekarang. Nokia dan Myspace pun bakal turut join sama. =0


1 comment:

  1. aku mcm x setuju ngn NOKIA uh..biar bonar..ramai gila yg pkai handpone jenama NOKIA uh sampai skrag..aku pun....MYSPACE bukan dah dibeli oleh justin timberlake ke..pun masih x laku ke..actually myspace ada msalah tersangatlah lembab sbb tulah ramai lari ke fb

    ReplyDelete