21 February 2012

Berakhirnya AMAN KAMPUS Fasa 1

Salam sejahtera kepada semua rakan mahasiswa. Setelah lama tidak memaparkan isu mahasiswa terbaru di blog saya, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa AMAN KAMPUS Fasa 1 telah berakhir pada 19 Februari yang lepas di Tanjung Karang, Selangor. Majlis penghargaan telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato Razali Bin Ibrahim.

Bagi yang terlepas peluang untuk mengikuti jelajah AMAN KAMPUS dan ingin menyertainya, jangan risau kerana masih ada jelajah AMAN KAMPUS Fasa 2!


Jelajah AMAN KAMPUS Fasa II


Melibatkan 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara dan setiap lokasi akan melibatkan minimum 1000 orang mahasiswa pelbagai bangsa.


Program tertumpu mengikut kehendak mahasiswa di IPT dan yang menjadi perkara pertama Menteri Kabinet harus bersama bermesra dengan para mahasiswa di setiap kampus dalam keadaan bersantai dan berdialog dengan mereka berkaitan isu-isu semasa. NGOs akan mengetuai jelajah ini.


Objektif

-Menerangkan kepada Warga kampus mengenai ‘AMAN KAMPUS’
-Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian dan bersama mempertahankan keamanan negara.
-Memperlihatkan mahasiswa kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri
-Menjelaskan dasar-dasar dan pencapaian negara kepada masyarakat.
-Mendapat input daripada masyarakat mengenai kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak


Bengkel Penyelarasan

-Kursus Penyelarasan ini akan diadakan pada 26-27 Februari 2012 selama 2 hari 1 malam
-Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja program disamping merapatkan hubungan antara peserta.
-Peserta kursus ini juga akan diterangkan objektif pelaksanaan AMAN KAMPUS, harapan pemimpin dan suntikan motivasi.
-Antara pengisian kursus ini ialah Majlis Perasmian, Ceramah Kenegaraan dan Isu-isu semasa, Sesi Suai kenal dan Pembentukan Kumpulan.

ACARA KEMUNCAK

-Penerimaan Memorandum ‘AMAN KAMPUS’ daripada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

Aktiviti





Untuk liputan lanjut tentang program ini sila dapatkan dari blog2 yang dinyatakan di bawah.



'MAHASISWA PENERAJU PIMPINAN NEGARA'