04 January 2012

Akibat Terlalu Taksub Dengan Politik

Sekarang banyak media yang memaparkan isu tentang Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah ditahan atas sebab menurunkan bendera DS Najib di PWTC baru2 ni.

Bila semua penuntut sibuk menelaah untuk peperiksaan akhir semester, ada pula yang masih sibuk mengadakan perhimpunan haram di depan UPSI kononnya memperjuangkan nasib mahasiswa.

Inilah yang terjadi apabila seseorang itu sudah terlalu taksub dengan politik.

Majoriti penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan haram itu diadakan dan kebanyakan yang menyertainya adalah mahasiswa dari luar UPSI.



Malah mereka juga telah mengecam sesiapa yang menyertai perhimpunan itu kerana menjejaskan emosi dan psikologi mereka untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Lebih teruk lagi nama universiti yang terkenal dengan melahirkan ribuan pendidik ini telah tercemar dengan perbuatan mereka.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Muhamad Afiq Fikri Mislan, berkata penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan itu dan ia terbukti apabila hanya dua penuntut UPSI ditahan kerana menyertai perhimpunan berkenaan. 

Muhamad Afiq Fikri berkata, penuntut UPSI amat menyayangi institusi pendidikan yang terkenal itu dan tidak mahu mencemarkannya dengan tindakan melampau serta bertentangan dengan undang-undang. 

Justeru, beliau menasihati penuntut UPSI tidak mendekati mana-mana kelompok yang berhasrat atau merancang mengadakan perhimpunan haram lagi pada masa depan. 

Sementara itu, penuntut semester 5 Pendidikan Sains dan Matematik UPSI, Ali Haidar Zainal Abidin, 20, menganggap pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan haram tidak patut berlaku kerana tanggungjawab mahasiswa adalah menimba ilmu. 

Menurut beliau juga menyebutkan bahawa perhimpunan haram itu sudah menunjukkan tindakan yang menyalahi etika sebagai seorang mahasiswa apatah lagi dilakukan ketika minggu ulangkaji.


10 brand tersohor bakal hilang?

Adakah kamu semua kenal dengan francais makanan A&W yang pernah terkenal suatu ketika dulu?

Francais ini yang dimiliki oleh Yum!, sebuah syarikat gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sangat terkenal dengan root beer float & coney dog yang sangat sedap! =))



Namun berita yang menyedihkan terpampang di dada akhbar menunjukkan bahawa francais ini bakal hilang bersama2 9 brand lain juga seperti Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, Myspace, Kellogg's Corn Pops.

Syarikat Yum! yang juga menguasai kepentingan dalam KFC telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lepas tetapi tiada pembeli yang berminat untuk memiliki brand francais tersebut.

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1919 dan telah membuka sebanyak 450 francais semasa World War  2. Mereka juga adalah francais makanan pertama yang mengasaskan jualan secara pandu lalu ( drive thru ).

A&W juga telah memulakan jualan versi minuman tin sejak 1971 namun telah dijual kepada Dr Pepper/Snapple.

Syarikat ini dilaporkan telah mengalami kerugian secara mendadak akibat tidak memiliki keupayaan untuk bersaing dengan pesaing2 besar seperti Subway dan McDonald's yang mempunyai berpuluh ribu francais di seluruh dunia.

Menurut 24/7 Wall Street.com, 10 brand yang akan hilang itu telah dikaji mengikut kejatuhan mendadak dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.

"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.

p/s : memang susah nak nampak restoran A&W sekarang. Nokia dan Myspace pun bakal turut join sama. =0


Belajar Itu Bukan Sekadar Dari Buku

Kali ini saya cuba mengetengahkan entri tentang belajar bukan sekadar dari buku semata-mata.

'Biarlah kita menuntut ilmu sehingga ke negeri China'

Kata2 ini sering kita dengar menunjukkan betapa pentingnya kita untuk menuntut ilmu.

Definisi menuntut ilmu itu adalah belajar sesuatu hal atau perkara tidak kira dari segi agama, ilmu dunia dan sebagainya.

Oleh itu, kita perlu dengan kemampuan yang ada untuk mengetahui lebih banyak ilmu yang terdapat di dunia ini.

Saya ingin mengajak rakan2 semua untuk explore lebih banyak ilmu selain dari apa yang kita pelajari di dalam bidang kita sekarang.

Banyak juga kemahiran2 yang kita boleh pelajari. Itu juga adalah suatu ilmu. Antaranya softskills, kemahiran membaiki peralatan, kemahiran berucap, kemahiran mengurus majlis, kemahiran berniaga dan banyak lagi.



Apabila kita lebih terdedah pada ilmu2 seperti ini, kita akan menjadi lebih matang dan profesional untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar.


Kini kita tahu semakin ramai graduan2 yang menganggur disebabkan persaingan untuk mendapat pekerjaan. 

Apa yang dicari dalam peluang mendapat pekerjaan sekarang ini bukannya segulung ijazah atau diploma tetapi lebih kepada pengalaman kerja dan juga kemampuan untuk meyakinkan penemuduga ketika temuduga. 

Kemampuan menyelesaikan masalah juga sangat penting kerana apa yang kita pelajari di pusat pengajian, tidak semestinya pekerjaan berkaitan bidang pengajian juga yang akan kita dapat.

Di sini saya mahu memaparkan sebuah artikel berkaitan untuk renungan semua.