03 January 2012

Demonstrasi & Demokrasi

Baru2 ni kita dikejutkan dengan kes Adam Adli, seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditangkap dan ditahan di lokap disebabkan isu turun bendera DS Najib di PWTC.

Adam Adli - kononnya memperjuangkan suara rakyat


Ramai juga mahasiswa turun padang memprotes tindakan oleh pihak kerajaan ini atas sebab kelihatan tidak adil dan mengekang kebebasan mahasiswa.


Tapi cuba fikirkan...

Adakah tindakan mereka ini adalah tindakan yang betul untuk membantah keputusan kerajaan?



Demonstrasi dilakukan demi mencapai keadilan.


Adakah tindakan itu juga relevan?






Saya bukan seorang yang hebat untuk mengatakan perbuatan mengadakan demonstrasi itu salah.

Tapi sebagai seorang mahasiswa saya lihat hal ini sebagai satu hal yang sangat serius. Kelihatan seperti mereka yang menyertai demonstrasi ini sangatlah tidak profesional dan matang.


Cuba fikirkan cara lebih baik selain demonstrasi untuk mendesak pihak kerajaan.


Cuba anggapkan kerajaan Malaysia seperti bapa kita sendiri. Kalau kita memberontak dengan bapa kita untuk meminta sesuatu, adakah ayah kita akan berikan?

Masa kecil dulu, kita selalu desak ayah kita untuk mendapatkan sesuatu. 

Contohnya kalau kita mahukan sebuah basikal, tiap2 hari kita akan mendesak ayah kita untuk belikan basikal baru.


"Ayah, nak basikal." 

Esoknya, "Ayah, belikan la basikal satu."

Lusa juga permintaan yang sama diulang2 sampai ayah kita bosan dengan kerenah kita dan akhirnya sebuah basikal baru dibeli untuk memuaskan hati kita.

Adakah cara ini tidak relevan untuk dipraktikkan dalam hubungan kita sebagai rakyat dengan kerajaan?




Sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita ini ialah DEMOKRASI BERPARLIMEN. Berlainan dengan banyak negara lain yang mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya. 

Sistem ini merupakan sistem yang sudah hampir sempurna untuk memastikan negara kita terus utuh sehingga hari ini dengan rakyat yang berbilang kaum.

Wakil rakyat @ ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihanraya umum merupakan wakil untuk mengutarakan pandangan untuk meminda atau mengubah sesuatu peraturan yang sedia tertulis di negara ini.

Apa gunanya mereka dipilih sebagai wakil rakyat kalau aduan dan pandangan kita tidak diajukan melalui mereka kepada kerajaan?

Apa gunanya mengadakan demonstrasi sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, mengganggu lalu lintas?

Renung2kanlah...



Kita tidak mahu negara kita kucar kacir jika kerajaan sekarang digulingkan oleh rakyat yang tidak tahu erti timbang rasa, tidak tahu kesan atas tindakan kurang matang mereka.

Kita tidak mahu negara kita hancur seperti negara Libya dan  Mesir setelah kerajaan sedia ada mereka digulingkan. Ada pihak asing yang cuba mengambil kesempatan ini mengadakan agenda isu tuntutan hak rakyat untuk masuk campur dan mengambil harta khazanah di negara tersebut.







Kita mahu negara kita jadi seperti negara2 tersebut?


SEDARlah rakyat semua.

Bukan senang untuk bangunkan kembali sesebuah negara yang sudah jatuh akibat masalah politik.

Adakah kerajaan yang baru dibentuk betul2 mampu mentadbir dan membangunkan negara kita seperti sekarang?

Ayuhlah rakyat kita fikirkan bersama. 

Kita harus fikirkan cara yang lebih baik untuk mengutuhkan negara kita. 

Hapuskan korupsi. 

Hapuskan politik kotor.

Hapuskan pengaruh agenda asing yang mahu kita berpecah belah.

Itu sebenarnya yang patut kita perjuangkan hari ini jika mahu negara kita terus aman damai dengan rakyat yang berbilang kaum.

16 December 2011

PAS Halang Rang Undang2 Diluluskan?

Adakah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mempersoal kuasa PM Dato Seri Najib sehingga rang undang2 Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh Mahkamah Tinggi baru2 ni dimohon untuk perfailan saman akibat bertindak melebihi kuasa? 

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan urusan Parlimen tak boleh dipersoalkan.

 Nampak mereka macam sudah terdesak sehingga melanggar Perlembagaan dengan mempersoalkan rang undang2 di mahkamah tinggi.





Adakah mereka mempunyai agenda di sebalik cabaran rang undang2 ni? Sama2 kita selidik Akta Perhimpunan Aman ni..


Sampai ada yang mengatakan ini sudah mengundang kejatuhan kerajaan sedia ada.



Mesti rakan2 mahasiswa kita yang suka berhimpun secara aman pun tak sokong rang undang2 ni. =)





Sumber dari


Kerajaan menetapkan RM900 gaji minimum

Hari ni terbaca 1 topik menarik di akhbar. Nampaknya sudah ada cadangan dibuat pada kerajaan untuk menetapkan gaji minimum RM900 sebulan. Gaji RM1000 pun masih tak cukup untuk belanja 1 keluarga sebulan ( melainkan tinggal di kampung ). Cadangan saya yang juga sebagai pekerja gaji pokok adalah RM1500 sebagai gaji minimum nasional dengan kadar purata minimum gaji RM6-7 sejam.

Klik di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM900gajiminimum/Article/

Even 2 tahun lepas dah diumumkan RM3000 tergolong dalam miskin kota. Mari kita sama2 baca petikan akhbar di bawah ni.


Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 – Wilayah Kota
RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kategori miskin bandar tidak boleh disamakan dengan definisi miskin yang diguna pakai di bawah sistem data kemiskinan e-Kasih sekarang.
Katanya, justeru definisi baru miskin bandar ini akan membolehkan lebih ramai warga kota mendapat pelbagai bantuan kerajaan sejajar dengan hasrat mewujudkan kesejahteraan bandar.
”Namun harus ada perincian lanjut pada maksud pendapatan bawah RM3,000. Maksudnya bukan semua yang berpendapatan bawah RM3,000 layak.
”Sebaliknya kita tengoklah berapa orang anak dan perkara-perkara lain sebelum boleh kata orang itu tergolong dalam miskin bandar,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, antara perkara paling pokok berhubung bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang tergolong dalam miskin bandar ialah soal perumahan.
Sehubungan itu katanya, beliau yakin kerajaan akan memberi lebih peruntukan pada aspek itu yang akan diperbesarkan lagi di bawah RMK-10 selain bantuan-bantuan lain yang akan diteruskan seperti unit saham amanah.
”Menjadi hasrat kerajaan supaya lebih ramai masyarakat bandar yang dikategorikan miskin bandar dapat menerima manfaat bantuan kerajaan. Jadi di sinilah tugas utama kementerian untuk mempertingkatkan lagi jumlah mereka yang layak menerimanya.”
”Sebelum ini tak ramai yang dapat kerana rujukan adalah pada e-Kasih tetapi untuk RMK-10 dengan bermula tahun 2011, asas-asas definisi miskin bandar akan diubah sama seperti yang pernah disuarakan Perdana Menteri,” jelasnya.

Sila share apa2 cadangan atau komen bernas. Ianya sangat dialu2kan. =)