03 January 2012

Cerita Nur Amalina Che Bakri Lagi

Mencurah2 cerita tentang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 yang mendapat 17A1 di blog2 tempatan baru2 ini setelah lama tenggelam.

Kini kita dikejutkan pula dengan cerita Nur Amalina yang berpakaian tidak menutup aurat dan berpelukan dengan warga asing.


Pictures have been removed to respect her.



Entri ini dibuat bukan untuk membuka aib beliau tetapi untuk memperbetul tanggapan orang ramai terhadap beliau.

Ramai lagi mahasiswa tempatan lain yang belajar di luar negara mengalami kejutan budaya akibat pendedahan secara sosial dengan norma budaya yang berlainan sama sekali dengan negara kita.

Bukan hanya Nur Amalina Che Bakri seorang saja.

Kita sepatutnya berdoa agar beliau dapat kembali ke jalan yang benar, mendapat hidayah supaya beliau berubah menjadi lebih baik.

Kita tidak sepatutnya membuat cerita tokok tambah yang boleh mengaibkan mana2 pihak dengan mengkaji suatu sumber secara berasas dan spesifik.

Cuba fikirkan bagaimana perasaan keluarga beliau apabila melihat cerita2 seperti itu di internet.

Renung2kan lah....


Cerita Nur Amalina Che Bakri

KUALA LUMPUR: Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.
“Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di universiti itu dan kementerian tiada maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam pengajiannya.
“Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka gagal, penaja akan menjadi pihak pertama diberitahu,” katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.
Bagaimanapun, sejurus selepas Saifuddin memberikan jawapan berkenaan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu kemudian memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur Amalina di Universiti Edinburgh.
“Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia yang turut belajar di Universiti Edinburgh.
“Menurut pelajar itu, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience). Pelajar itu berharap perkara ini dapat dijelaskan,” katanya.
Nur Amalina, 22, yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM, ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.
Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan untuk mengikuti ijazah dalam Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.
Ini bermakna Nur Amalina akan memperoleh ijazah berganda di penghujung kursus perubatan yang diikutinya.
Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Farmakologi. – Bernama

Demonstrasi & Demokrasi

Baru2 ni kita dikejutkan dengan kes Adam Adli, seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditangkap dan ditahan di lokap disebabkan isu turun bendera DS Najib di PWTC.

Adam Adli - kononnya memperjuangkan suara rakyat


Ramai juga mahasiswa turun padang memprotes tindakan oleh pihak kerajaan ini atas sebab kelihatan tidak adil dan mengekang kebebasan mahasiswa.


Tapi cuba fikirkan...

Adakah tindakan mereka ini adalah tindakan yang betul untuk membantah keputusan kerajaan?



Demonstrasi dilakukan demi mencapai keadilan.


Adakah tindakan itu juga relevan?






Saya bukan seorang yang hebat untuk mengatakan perbuatan mengadakan demonstrasi itu salah.

Tapi sebagai seorang mahasiswa saya lihat hal ini sebagai satu hal yang sangat serius. Kelihatan seperti mereka yang menyertai demonstrasi ini sangatlah tidak profesional dan matang.


Cuba fikirkan cara lebih baik selain demonstrasi untuk mendesak pihak kerajaan.


Cuba anggapkan kerajaan Malaysia seperti bapa kita sendiri. Kalau kita memberontak dengan bapa kita untuk meminta sesuatu, adakah ayah kita akan berikan?

Masa kecil dulu, kita selalu desak ayah kita untuk mendapatkan sesuatu. 

Contohnya kalau kita mahukan sebuah basikal, tiap2 hari kita akan mendesak ayah kita untuk belikan basikal baru.


"Ayah, nak basikal." 

Esoknya, "Ayah, belikan la basikal satu."

Lusa juga permintaan yang sama diulang2 sampai ayah kita bosan dengan kerenah kita dan akhirnya sebuah basikal baru dibeli untuk memuaskan hati kita.

Adakah cara ini tidak relevan untuk dipraktikkan dalam hubungan kita sebagai rakyat dengan kerajaan?




Sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita ini ialah DEMOKRASI BERPARLIMEN. Berlainan dengan banyak negara lain yang mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya. 

Sistem ini merupakan sistem yang sudah hampir sempurna untuk memastikan negara kita terus utuh sehingga hari ini dengan rakyat yang berbilang kaum.

Wakil rakyat @ ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihanraya umum merupakan wakil untuk mengutarakan pandangan untuk meminda atau mengubah sesuatu peraturan yang sedia tertulis di negara ini.

Apa gunanya mereka dipilih sebagai wakil rakyat kalau aduan dan pandangan kita tidak diajukan melalui mereka kepada kerajaan?

Apa gunanya mengadakan demonstrasi sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, mengganggu lalu lintas?

Renung2kanlah...



Kita tidak mahu negara kita kucar kacir jika kerajaan sekarang digulingkan oleh rakyat yang tidak tahu erti timbang rasa, tidak tahu kesan atas tindakan kurang matang mereka.

Kita tidak mahu negara kita hancur seperti negara Libya dan  Mesir setelah kerajaan sedia ada mereka digulingkan. Ada pihak asing yang cuba mengambil kesempatan ini mengadakan agenda isu tuntutan hak rakyat untuk masuk campur dan mengambil harta khazanah di negara tersebut.







Kita mahu negara kita jadi seperti negara2 tersebut?


SEDARlah rakyat semua.

Bukan senang untuk bangunkan kembali sesebuah negara yang sudah jatuh akibat masalah politik.

Adakah kerajaan yang baru dibentuk betul2 mampu mentadbir dan membangunkan negara kita seperti sekarang?

Ayuhlah rakyat kita fikirkan bersama. 

Kita harus fikirkan cara yang lebih baik untuk mengutuhkan negara kita. 

Hapuskan korupsi. 

Hapuskan politik kotor.

Hapuskan pengaruh agenda asing yang mahu kita berpecah belah.

Itu sebenarnya yang patut kita perjuangkan hari ini jika mahu negara kita terus aman damai dengan rakyat yang berbilang kaum.