30 January 2012

Video Kreatif Dari Matluthfi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya paparkan sebuah video eksperimen hasil dari matluthfi, seorang vlogger muda tentang realiti kehidupan politik rakyat di negara kita.

Sila lihat dan renungkan di manakah tahap kita sebenarnya.


Matluthfi menghasilkan video ini agar kita dapat bersama-sama memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri masing2.

Sumber : www.youtube.com/matluthfi90

29 January 2012

Salam Itu Budaya Kita

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada rakan2 yang bukan beragama Islam.

Setelah lama tidak men'update' blog ni, dengan sukanya saya ingin berkongsi dengan rakan2 tentang 1 video yang dibuat oleh Anwar Hadi.

Tajuknya saja sudah cukup menarik.

Mari kita sama2 lihat video ini......



p/s : teruskan usaha murni sebegini ya Anwar Hadi! =))

11 January 2012

Kata-kata Seorang Pemimpin yang Mahukan Keadilan Sebenar


MOHD. Saiful Bukhari Azlan telah pun mengetahui keputusan aduan beliau kepada pemerintah mengenai pertuduhan jenayah yang beliau anggap telah diperlakukan terhadapnya oleh pihak tertuduh. Tertuduh telah didapati tidak bersalah daripada pertuduhan. Mahkamah telah memberi keadilan kepada beliau dan dengan itu beliau bersih.
Telefon dan emel saya hingga saat ini dipenuhi dengan gerak balas daripada kawan-kawan saya: daripada kedua-dua pihak - yang menyokong tertuduh menyatakan syukur dan yang tidak menyokong meluahkan rasa marah-marah mereka kepada saya.

Dalam hal Saiful, nampaknya banyak pihak termasuk Saiful walaupun reda tetapi merasa tidak memperolehi keadilan. Soalnya, benarkah perbicaraan selama tiga tahun itu bertujuan memberi keadilan kepada Saiful dan keadilan juga kepada tertuduh?

Saya berpendapat bahawa benar perbicaraan tiga tahun itu ialah untuk memberi keadilan kepada tertuduh tetapi salah jika dikatakan perbicaraan itu terus dikaitkan dengan memberi keadilan kepada Saiful.
Memberi keadilan kepada Saiful pada saya bukan di mahkamah jenayah. Dalam kes jenayah itu Saiful hanyalah seorang saksi, sama tarafnya seperti barang-barang bukti yang lain. Mahkamah hanya akan memutuskan menerima atau menolak barang bukti dan pernyataan saksi bagi memutuskan sama ada tertuduh melanggar undang-undang tertentu yang telah dibuat oleh negara.

Mahkamah jenayah ialah tempat membicarakan kes warganegara melawan negara (citizen against state) terhadap sesuatu pertuduhan yang dikenakan kepada seseorang tertuduh. Sebab itulah negara boleh menggunakan kewangan pembayar cukai untuk membiayai kos membuktikan negara lebih benar daripada yang dituduh.

Jika keputusan tidak memihak kepada terduduh dalam kes ini, mahkamah tidak akan mengatakan keputusan memihak kepada Saiful sebaliknya keputusan memihak kepada negara. Konsep inilah yang nampaknya kawan-kawan saya belum faham, dan saya percaya ramai lagi di luar sana yang tidak faham.

Dalam mahkamah jenayah biasanya tidak disebut "A melawan B" atau "A (tertuduh) melawan Negara" tetapi pernah juga istilah "people" digunakan bagi mewakili negara seperti kes jenayah O.J. Simpson, bekas pemain American Footbal terkenal di Amerika Syarikat (AS) yang disebut juga sebagai "People of the State of California v. Orenthal James Simpson".

Istilah ini menarik kerana jika digunakan di Malaysia, ia akan mengubah konsep 'tertuduh melawan kerajaan' kerana yang dilawan bukan kerajaan sebaliknya melawan rakyat negara itu yang mengizinkan (melalui prosedur undang-undang) wang cukai yang mereka bayar digunakan untuk melawan seseorang yang telah melanggar kepentingan atau peraturan negara.

Hal begini perlahan-lahan dapat mengubah persepsi bahawa sesuatu kes jenayah adalah perlawanan antara kerajaan dengan sesiapa juga yang dikenakan sesuatu pertuduhan. Dalam keadaan itu kerajaan akan dilihat sebagai tidak terlibat atau 'neutral'.

Dalam kes Simpson ini, dia telah dituduh membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan kawannya Ronald Goldman. Perbicaraan ini dianggap di AS sebagai perbicaraan abad ke-20 yang diberi liputan secara meluas dan luar biasa oleh media elektronik dan cetak.

Perbicaraan mengambil masa sembilan bulan di hadapan hakim Lance Ito. Simpson mengambil pasukan peguam yang sangat berprofil tinggi di AS, yang diketuai oleh Johnnie Cochran. Ahli-ahlinya termasuk F. Lee Bailey, Robert Shapiro, Alan Dershowitz, Robert Kardashian, Gerald Uelmen (Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Santa Clara ) dan Carl E. Douglas.

Johnnie Cochran dan pasukannya telah berjaya mengusik fikiran juri bahawa ada keraguan teknikal dalam pengurusan sampel DNA yang diambil. Cochran menimbulkan bahawa saintis dan juruteknik makmal lalai dalam mengendalikan bukti sampel darah dengan mempersoalkan pelbagai keadaan berkaitan pengurusan bahan bukti itu.
Cochran juga menimbulkan isu salah laku Jabatan Polis Los Angeles terhadap Simpson bagi menimbulkan keraguan itu. Cochran mengupah pakar DNA yang sangat hebat, Barry Scheck dan Peter Neufeld untuk menolak dalil DNA pihak peguam cara.

Simpson akhirnya diputuskan tidak bersalah terhadap pertuduhan. Hal ini perlu dibaca, bahawa mahkamah bukan mengatakan Simpson tidak membunuh tetapi Simpson tidak bersalah daripada pertuduhan. Jelas sekali hal teknikal memainkan peranan amat penting di mahkamah jenayah.

Berbalik kepada Saiful, di manakah dia sepatutnya menuntut keadilan? Saya katakan bukan di mahkamah jenayah kerana jika tertuduh didapati bersalah, Saiful tidak akan mendapat apa-apa selain daripada rasa puas hati. Oleh itu tempat Saiful mendapat keadilan seharusnya di mahkamah sivil.

Di mahkamah sivil, Saiful bukan hanya berperanan sebagai saksi atas arahan negara tetapi akan berperanan sebagai pihak yang menuntut.

Mengambil pengajaran daripada kes O.J. Simpson, di dalam mahkamah jenayah dia telah didapati tidak bersalah meskipun pelbagai hujah yang dikemukakan seperti memberi petanda bahawa tertuduh memang telah melakukan pembunuhan.

Isu-isu teknikal sememangnya menjadi pertimbangan hakim di mahkamah kerana hal-hal teknikal akan menimbulkan keraguan. Hakim tidak mahu negara menzalimi seseorang individu dengan melalui pertuduhan yang meragukan.
Dalam hal inilah negara yang diwakili oleh Peguam Negara dapat menghakimi kecekapan jabatan itu bekerja. Jika banyak kes yang mahkamah melepaskan tertuduh, biasanya rakyat akan mempersoalkan kecekapan bekerja dan tahap ilmu Peguam Negara yang mewakili kepentingan mereka.

Sebaliknya, di mahkamah sivil beban pembuktian tidak memerlukan syarat melampaui keraguan munasabah sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peguam Saiful (bukan Peguam Negara) menunjukkan kepada hakim bahawa Saiful lebih benar.

Sebagai perbandingan, keluarga mangsa bunuh O.J. Simpson telah berusaha mendapat keadilan di mahkamah sivil. Semasa perbicaraan, bahan-bahan bukti yang digunakan di mahkamah jenayah digunakan semula di dalam perbicaraan sivil itu.

Perbicaraan sivil (civil trial) telah memihak keluarga mangsa yang masih hidup. Mahkamah sivil telah membuat keputusan bahawa Simpson bertanggung jawab menyebabkan kematian Goldman dan Brown secara salah (istilah digunakan ialah wrongful death).

Mahkamah pula membuat keputusan keluarga mangsa mendapat AS33.5 juta sebagai ganti rugi dan hukuman menyebabkan kesakitan (compensatory and punitive damage).

Mungkin orang awam di Malaysia juga tidak tahu bahawa untuk mempertahankan diri terhadap sesuatu pertuduhan oleh negara memerlukan wang yang sangat banyak.

Kita percaya dalam kes yang Saiful menjadi saksi baru-baru ini tentu yang dituduh telah berbelanja sangat banyak bagi mempertahankan diri beliau. Sebagai rujukan kes O.J. Simpson bagi perbicaraan dalam tempoh sembilan bulan, dia dikatakan telah berbelanja kira-kira RM20 juta bagi membayar kos mahkamah, yuran peguam dan upah pakar DNA yang mampu mencabar pakar DNA yang disediakan oleh negara.

Bagi mempertahankan dirinya di mahkamah sivil Simpson telah membelanjakan kira-kira AS$1 juta sahaja.
Jika saya diminta oleh Saiful untuk menasihatinya apa yang patut dibuatnya selepas ini bagi memastikan dia mendapat keadilan, jawapan saya ialah Saiful mesti segera mula memfail tuntutannya di mahkamah sivil.

Kawan-kawan yang hantar mesej marah-marah kepada saya pula silalah mula hulurkan sumbangan kepada Saiful untuk membiayai kos mahkamah nanti.

Sumber : Utusan.com.my - Memahami Keadilan untuk Saiful

p/s : maaf ada sedikit kesalahan teknikal.

10 January 2012

Anwar Hadi, You're Totally Great!

Sekarang fikiran kita disesakkan dengan bahana kekecohan isu2 politik oleh mahasiswa sendiri.



Jadi, mungkin disebabkan hal itu Anwar Hadi, seorang vlogger Malaysia yang sedang menuntut di luar negara juga membuat video yang menyatakan pendapat beliau sebagai seorang yang bukan pro kerajaan atau pro pembangkang, tapi sebagai seorang yang



PRO- COMMON SENSE!



Mari sama2 kita lihat video ini..........

Perkongsian Pendapat Secara Bebas Sesama Mahasiswa

Setelah lama tidak meng'update' blog, hanya ini saja yang dapat untuk dikongsikan bersama rakan2 lain. Mari sama2 kita lihat perkongsian pendapat antara 2 rakan kita ini.









06 January 2012

Kajian Oleh Mahasiswa Tentang Pilihanraya Di Selangor

Kajian tentang pilihanraya akan datang telah diadakan pada 3 - 11 Disember lalu meliputi kawasan negeri Selangor untuk mengkaji sejauh mana parti PAS mampu menjaga kepentingan kaum Melayu daripada UMNO.


Daripada 795 orang responden berbilang kaum, 32 peratus dari mereka yakin parti PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu.

27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti.

Kajian terhadap etnik Melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding UMNO.

Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti.



Kajian ini telah dilakukan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.


Peratusan responden ialah 60% Melayu, 25% Cina dan 12% India.




p/s : pandai2 korang la tengok ape yang x kena kat kajian ni...renung2kan =)

Penerangan Nur Amalina tentang Gambar Beliau

Dalam entri sebelum ini Cerita Nur Amalina Che Bakri Lagi saya sudah mengajak rakan2 untuk sama2 mendoakan supaya Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2004 untuk berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Saya terjumpa tentang penerangan Nur Amalina untuk segala tohmahan yang diberikan oleh blogger2 yang menyiarkan cerita tentang beliau.

Jawapan Lengkap Nur Amalina di blog hazrey.com

Beliau dengan rasa rendah diri menjawab segala persoalan tersebut. Saya menjadi amat kagum dengan beliau.

Inilah sikap yang patut kita contohi dari seorang pelajar yang bijak bukan sahaja dari pelajaran

Buat blogger2 yang telah menyiarkan gambar beliau, sila removekan gambar2 itu untuk menghormati beliau dan keluarganya. Saya juga telah remove gambar tersebut.

Marilah sama2 kita doakan beliau untuk berubah penampilan lebih baik pada masa akan datang. *pesanan ini adalah untuk diri sendiri juga yang masih tidak sempurna.

05 January 2012

Berkawan Itu Adalah Seni

Semestinya kamu semua pelik dengan tajuk entri kali ni. Betul ke berkawan itu seni?

Seni itu merupakan sesuatu yang abstrak, tak dapat digambarkan secara spesifik disebabkan setiap orang ada terjemahan yang berbeza.

Sebagai contoh, lukisan yang dipamerkan di galeri. Setiap orang akan menterjemahkan maksud lukisan tersebut berbeza dengan orang lain. Malah apa yang digambarkan pelukis sendiri tak sama dengan apa yang orang biasa seperti kita dapat terjemahkan.



Berkawan juga begitu. Setiap daripada kita mempunyai cara bergaul yang berbeza. Sebab itulah dikatakan bahawa berkawan itu adalah suatu seni.

Pesanan ini adalah untuk diri sendiri saya juga supaya kita bersama2 dapat memperbaiki diri dengan lebih baik pada masa akan datang.

Jika kita dapat mengaplikasikan seni berkawan dengan baik, maka kita akan mempunyai lebih ramai kawan daripada orang lain.






Cara kita bergaul, bercakap dan masa bersama kawan sangat mempengaruhi dalam persahabatan.

Apakah peraturan yang penting semasa kita berkawan?


- Hormat antara satu sama lain.


- Bercakap perkara yang positif. *jangan mencarut


- Tolong-menolong.


- Tidak berkata di belakang (mengumpat) tentang kawan. *xpuas hati cakap depan2 je.


- Sentiasa meluangkan masa dengan kawan jika tidak sibuk.


Perkara yang diketengahkan dalam peraturan berkawan ini sangat penting kerana hal inilah yang akan menentukan berapa lama jangka masa kita berkawan dengan seseorang itu.

Jadi mari sama2 kita praktikkan supaya masa depan kita akan menjadi lebih baik - dengan adanya


KAWAN! =))

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia sehingga Mac 2012 sahaja!


BERITA BAIK UNTUK MAHASISWA!


YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato' Seri Najib Razak telah mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 untuk mengeluarkan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 kepada semua pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian seluruh negara mulai Januari 2012 sehingga Mac 2012.



Untuk makluman lanjut sila klik di link di bawah :

http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

04 January 2012

Akibat Terlalu Taksub Dengan Politik

Sekarang banyak media yang memaparkan isu tentang Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah ditahan atas sebab menurunkan bendera DS Najib di PWTC baru2 ni.

Bila semua penuntut sibuk menelaah untuk peperiksaan akhir semester, ada pula yang masih sibuk mengadakan perhimpunan haram di depan UPSI kononnya memperjuangkan nasib mahasiswa.

Inilah yang terjadi apabila seseorang itu sudah terlalu taksub dengan politik.

Majoriti penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan haram itu diadakan dan kebanyakan yang menyertainya adalah mahasiswa dari luar UPSI.



Malah mereka juga telah mengecam sesiapa yang menyertai perhimpunan itu kerana menjejaskan emosi dan psikologi mereka untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Lebih teruk lagi nama universiti yang terkenal dengan melahirkan ribuan pendidik ini telah tercemar dengan perbuatan mereka.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Muhamad Afiq Fikri Mislan, berkata penuntut UPSI tidak menyokong perhimpunan itu dan ia terbukti apabila hanya dua penuntut UPSI ditahan kerana menyertai perhimpunan berkenaan. 

Muhamad Afiq Fikri berkata, penuntut UPSI amat menyayangi institusi pendidikan yang terkenal itu dan tidak mahu mencemarkannya dengan tindakan melampau serta bertentangan dengan undang-undang. 

Justeru, beliau menasihati penuntut UPSI tidak mendekati mana-mana kelompok yang berhasrat atau merancang mengadakan perhimpunan haram lagi pada masa depan. 

Sementara itu, penuntut semester 5 Pendidikan Sains dan Matematik UPSI, Ali Haidar Zainal Abidin, 20, menganggap pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan haram tidak patut berlaku kerana tanggungjawab mahasiswa adalah menimba ilmu. 

Menurut beliau juga menyebutkan bahawa perhimpunan haram itu sudah menunjukkan tindakan yang menyalahi etika sebagai seorang mahasiswa apatah lagi dilakukan ketika minggu ulangkaji.


10 brand tersohor bakal hilang?

Adakah kamu semua kenal dengan francais makanan A&W yang pernah terkenal suatu ketika dulu?

Francais ini yang dimiliki oleh Yum!, sebuah syarikat gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sangat terkenal dengan root beer float & coney dog yang sangat sedap! =))



Namun berita yang menyedihkan terpampang di dada akhbar menunjukkan bahawa francais ini bakal hilang bersama2 9 brand lain juga seperti Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, Myspace, Kellogg's Corn Pops.

Syarikat Yum! yang juga menguasai kepentingan dalam KFC telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lepas tetapi tiada pembeli yang berminat untuk memiliki brand francais tersebut.

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1919 dan telah membuka sebanyak 450 francais semasa World War  2. Mereka juga adalah francais makanan pertama yang mengasaskan jualan secara pandu lalu ( drive thru ).

A&W juga telah memulakan jualan versi minuman tin sejak 1971 namun telah dijual kepada Dr Pepper/Snapple.

Syarikat ini dilaporkan telah mengalami kerugian secara mendadak akibat tidak memiliki keupayaan untuk bersaing dengan pesaing2 besar seperti Subway dan McDonald's yang mempunyai berpuluh ribu francais di seluruh dunia.

Menurut 24/7 Wall Street.com, 10 brand yang akan hilang itu telah dikaji mengikut kejatuhan mendadak dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.

"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.

p/s : memang susah nak nampak restoran A&W sekarang. Nokia dan Myspace pun bakal turut join sama. =0


Belajar Itu Bukan Sekadar Dari Buku

Kali ini saya cuba mengetengahkan entri tentang belajar bukan sekadar dari buku semata-mata.

'Biarlah kita menuntut ilmu sehingga ke negeri China'

Kata2 ini sering kita dengar menunjukkan betapa pentingnya kita untuk menuntut ilmu.

Definisi menuntut ilmu itu adalah belajar sesuatu hal atau perkara tidak kira dari segi agama, ilmu dunia dan sebagainya.

Oleh itu, kita perlu dengan kemampuan yang ada untuk mengetahui lebih banyak ilmu yang terdapat di dunia ini.

Saya ingin mengajak rakan2 semua untuk explore lebih banyak ilmu selain dari apa yang kita pelajari di dalam bidang kita sekarang.

Banyak juga kemahiran2 yang kita boleh pelajari. Itu juga adalah suatu ilmu. Antaranya softskills, kemahiran membaiki peralatan, kemahiran berucap, kemahiran mengurus majlis, kemahiran berniaga dan banyak lagi.



Apabila kita lebih terdedah pada ilmu2 seperti ini, kita akan menjadi lebih matang dan profesional untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar.


Kini kita tahu semakin ramai graduan2 yang menganggur disebabkan persaingan untuk mendapat pekerjaan. 

Apa yang dicari dalam peluang mendapat pekerjaan sekarang ini bukannya segulung ijazah atau diploma tetapi lebih kepada pengalaman kerja dan juga kemampuan untuk meyakinkan penemuduga ketika temuduga. 

Kemampuan menyelesaikan masalah juga sangat penting kerana apa yang kita pelajari di pusat pengajian, tidak semestinya pekerjaan berkaitan bidang pengajian juga yang akan kita dapat.

Di sini saya mahu memaparkan sebuah artikel berkaitan untuk renungan semua.


03 January 2012

Demam Peperiksaan Melanda Seluruh IPTA

Sukanya saya di sini membuka cerita tentang demam peperiksaan Semester 1 sesi 2011/2012 yang sedang dilalui oleh mahasiswa IPTA di seluruh pelusuk tanah air.



Ya, sememangnya kita perlu study hard and smart untuk mendapat pointer yang cemerlang dalam bidang pengajian yang kita ambil.

Tapi apa yang saya lihat sebagai seorang mahasiswa ramai di antara kita yang mengamalkan 

last minute study
(Saya pun sama jugak..hee)

Adakah cara last minute study ni berkesan untuk mendapat pointer yang tinggi dalam peperiksaan?

Sesetengah mahasiswa yang sudah sememangnya bijak dalam pelajaran tidak kisah walaupun belajar pada saat2 akhir menjelang peperiksaan.

Namun tak semua mampu berbuat begitu.

Ini kerana otak kita semua tak sama. Betul tak?



Jadi, ayuhlah selepas ini setiap semester kita bermula untuk study lebih awal. (Pesanan untuk diri sendiri juga)

GOOD LUCK untuk semua rakan mahasiswa! Marilah sama2 kita mengejar kejayaan untuk hidup yang kian mencabar.

Mahasiswa Jadi Alat Mainan Politik

Isu2 tentang keganasan pihak polis dan FRU kepada mahasiswa sudah terpampang di dada akhbar dan media tempatan.


Provokasi yang di lakukan oleh Nurul Izzah - Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa...

Nurul Izzah Anwar  berkata tindakan “luar batasan dan keterlaluan” polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan polis, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan,” kata Nurul Izzah (gambar) dalam satu kenyataan. Laporan TMI

Inilah propaganda yang diwujudkan oleh Nurul Izzah. Menggunakan medium mahasiswa yang di'tindas' untuk membangkitkan semangat mahasiswa2 tempatan supaya menyokong mereka.

Tidak cukup dengan propaganda DS Anwar yang terlantar di hospital selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0 dulu.

Kita sebagai mahasiswa tidak sepatutnya menjadi tali barut pada pihak yang tidak bertanggungjawab ini untuk memenangi hati rakyat.

Tidak sepatutnya kita, mahasiswa berintelek dipergunakan untuk kepentingan politik.

Ada gunanya AUKU diwujudkan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dalam berpolitik kerana jika mahasiswa boleh bebas berpolitik maka mereka akan dipergunakan sewenang2nya oleh parti2 politik tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Kita, MAHASISWA yang mampu berfikir secara rasional mana yang baik atau yang buruk.

Renung2kan lah....

Cerita Nur Amalina Che Bakri Lagi

Mencurah2 cerita tentang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 yang mendapat 17A1 di blog2 tempatan baru2 ini setelah lama tenggelam.

Kini kita dikejutkan pula dengan cerita Nur Amalina yang berpakaian tidak menutup aurat dan berpelukan dengan warga asing.


Pictures have been removed to respect her.



Entri ini dibuat bukan untuk membuka aib beliau tetapi untuk memperbetul tanggapan orang ramai terhadap beliau.

Ramai lagi mahasiswa tempatan lain yang belajar di luar negara mengalami kejutan budaya akibat pendedahan secara sosial dengan norma budaya yang berlainan sama sekali dengan negara kita.

Bukan hanya Nur Amalina Che Bakri seorang saja.

Kita sepatutnya berdoa agar beliau dapat kembali ke jalan yang benar, mendapat hidayah supaya beliau berubah menjadi lebih baik.

Kita tidak sepatutnya membuat cerita tokok tambah yang boleh mengaibkan mana2 pihak dengan mengkaji suatu sumber secara berasas dan spesifik.

Cuba fikirkan bagaimana perasaan keluarga beliau apabila melihat cerita2 seperti itu di internet.

Renung2kan lah....


Cerita Nur Amalina Che Bakri

KUALA LUMPUR: Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.
“Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di universiti itu dan kementerian tiada maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam pengajiannya.
“Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka gagal, penaja akan menjadi pihak pertama diberitahu,” katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.
Bagaimanapun, sejurus selepas Saifuddin memberikan jawapan berkenaan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu kemudian memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur Amalina di Universiti Edinburgh.
“Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia yang turut belajar di Universiti Edinburgh.
“Menurut pelajar itu, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience). Pelajar itu berharap perkara ini dapat dijelaskan,” katanya.
Nur Amalina, 22, yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM, ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.
Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan untuk mengikuti ijazah dalam Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.
Ini bermakna Nur Amalina akan memperoleh ijazah berganda di penghujung kursus perubatan yang diikutinya.
Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Farmakologi. – Bernama

Demonstrasi & Demokrasi

Baru2 ni kita dikejutkan dengan kes Adam Adli, seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditangkap dan ditahan di lokap disebabkan isu turun bendera DS Najib di PWTC.

Adam Adli - kononnya memperjuangkan suara rakyat


Ramai juga mahasiswa turun padang memprotes tindakan oleh pihak kerajaan ini atas sebab kelihatan tidak adil dan mengekang kebebasan mahasiswa.


Tapi cuba fikirkan...

Adakah tindakan mereka ini adalah tindakan yang betul untuk membantah keputusan kerajaan?



Demonstrasi dilakukan demi mencapai keadilan.


Adakah tindakan itu juga relevan?






Saya bukan seorang yang hebat untuk mengatakan perbuatan mengadakan demonstrasi itu salah.

Tapi sebagai seorang mahasiswa saya lihat hal ini sebagai satu hal yang sangat serius. Kelihatan seperti mereka yang menyertai demonstrasi ini sangatlah tidak profesional dan matang.


Cuba fikirkan cara lebih baik selain demonstrasi untuk mendesak pihak kerajaan.


Cuba anggapkan kerajaan Malaysia seperti bapa kita sendiri. Kalau kita memberontak dengan bapa kita untuk meminta sesuatu, adakah ayah kita akan berikan?

Masa kecil dulu, kita selalu desak ayah kita untuk mendapatkan sesuatu. 

Contohnya kalau kita mahukan sebuah basikal, tiap2 hari kita akan mendesak ayah kita untuk belikan basikal baru.


"Ayah, nak basikal." 

Esoknya, "Ayah, belikan la basikal satu."

Lusa juga permintaan yang sama diulang2 sampai ayah kita bosan dengan kerenah kita dan akhirnya sebuah basikal baru dibeli untuk memuaskan hati kita.

Adakah cara ini tidak relevan untuk dipraktikkan dalam hubungan kita sebagai rakyat dengan kerajaan?




Sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita ini ialah DEMOKRASI BERPARLIMEN. Berlainan dengan banyak negara lain yang mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya. 

Sistem ini merupakan sistem yang sudah hampir sempurna untuk memastikan negara kita terus utuh sehingga hari ini dengan rakyat yang berbilang kaum.

Wakil rakyat @ ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihanraya umum merupakan wakil untuk mengutarakan pandangan untuk meminda atau mengubah sesuatu peraturan yang sedia tertulis di negara ini.

Apa gunanya mereka dipilih sebagai wakil rakyat kalau aduan dan pandangan kita tidak diajukan melalui mereka kepada kerajaan?

Apa gunanya mengadakan demonstrasi sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, mengganggu lalu lintas?

Renung2kanlah...



Kita tidak mahu negara kita kucar kacir jika kerajaan sekarang digulingkan oleh rakyat yang tidak tahu erti timbang rasa, tidak tahu kesan atas tindakan kurang matang mereka.

Kita tidak mahu negara kita hancur seperti negara Libya dan  Mesir setelah kerajaan sedia ada mereka digulingkan. Ada pihak asing yang cuba mengambil kesempatan ini mengadakan agenda isu tuntutan hak rakyat untuk masuk campur dan mengambil harta khazanah di negara tersebut.







Kita mahu negara kita jadi seperti negara2 tersebut?


SEDARlah rakyat semua.

Bukan senang untuk bangunkan kembali sesebuah negara yang sudah jatuh akibat masalah politik.

Adakah kerajaan yang baru dibentuk betul2 mampu mentadbir dan membangunkan negara kita seperti sekarang?

Ayuhlah rakyat kita fikirkan bersama. 

Kita harus fikirkan cara yang lebih baik untuk mengutuhkan negara kita. 

Hapuskan korupsi. 

Hapuskan politik kotor.

Hapuskan pengaruh agenda asing yang mahu kita berpecah belah.

Itu sebenarnya yang patut kita perjuangkan hari ini jika mahu negara kita terus aman damai dengan rakyat yang berbilang kaum.